Sunday, June 25, 2017

10 Cara Bekerja Dari Rumah






Ada banyak cara untuk anda menjana pendapatan sampingan dari rumah sahaja. Apa yang penting anda gigih berusaha dan tidak cepat putus asa. Untuk memulakan sesuatu perniagaan secara dalam talian memang memakan masa yang agak lama dan memerlukan kesabaran yang banyak. Untuk menyediakan website sahaja sudah boleh membuatkan kita stress,tetapi apa yang penting kita suka apa yang kita buat, dan kita buat apa yang kita suka.               
                                                                                                                                 


10 Cara Menambah Pendapatan Dari Rumah:


1.    Jual Pakaian Atau Barang-Barang Lama Anda
  • Adakah anda mempunyai pakaian dan aksesori yang anda sayangi, masih baru tetapi anda sudah tidak memakainya lagi? Almari pakaian anda penuh dengan pakaian lama? Anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menjual pakaian lama anda, asalkan pakaian tersebut masih elok dan masih boleh dipakai. 
  • Anda hanya perlu mengambil gambar pakaian yang anda hendak jual dan muat naik di laman web seperti Facebook,Mudah.my, Carousell, 11 Street, Lelong dan sebagainya.





Elakkan meletakkan gambar seperti yang di atas untuk mengiklankan pakaian untuk dijual ya! 

Anda boleh menjual pakaian lama atau baru anda di www.carousell.com Hanya daftar percuma, ambil gambar dan jual. Di Carousell juga ada ratusan ribu produk yang anda boleh pilih, daripada barangan bayi hinggalah barangan kecantikan dan barangan dapur. Carousell tidak mengenakan sebarang caj jika anda ingin menjual barangan atau perkhidmatan anda, tidak seperti laman web yang lain yang memerlukan anda membayar yuran minimum atau pun memerlukan maklumat kad kredit atau debit anda. Jadi anda bebas berniaga di Carousell.

Disamping dapat menjual barang anda di Carousell, anda juga dapat menjimatkan perbelanjaan shopping anda kerana di Carousell ada beribu barang dan item yang anda boleh pilih, Ahli-ahli di Carousell terdiri daripada pemborong, peruncit, agen dropship dan pembeli biasa. Harga yang mereka tawarkan sangat berpatutan. Mahu melawat laman web Carousell ?




2.   Menjadi Affiliate

.
Affiliate adalah salah satu jenis program perniagaan secara dalam talian yang dapat dijadikan sebagai satu usaha yang dapat menghasilkan untung besar jika dijalankan dengan cara yang betul ditambah dengan kesabaran dan kegigihan kita. Affiliate berperanan sebagai orang tengah atau perantara diantara pengeluar produk dan pelanggan mereka. Affiliate akan dibayar komisen apabila ada pelanggan membeli produk melalui web atau link affiliate. 

Sebagai contoh, anda berminat menjual tudung kanak-kanak. Tudung Si Comel adalah pengeluar tudung kanak-kanak, ia menawar program affiliate. Jadi anda hanya perlu mendaftar dengan Tudung Si Comel untuk menjadi affiliate mereka. Selepas anda berdaftar dengan Tudung Si Comel sebagai affiliate, anda akan diberi akses kepada web mereka dimana anda akan dapat menggunakan bahan promosi yang disediakan oleh mereka. Bahan promosi adalah dalam bentuk banner, video, email links dan email templates. Bahan-bahan promosi inilah yang akan anda gunakan untuk membuat promosi samada di Facebook, website atau blog anda. 

Untuk membuat promosi dengan website dan blog memanglah mengambil masa sedikit. Anda perlu membuat website atau blog terlebih dahulu, berbeza dengan Facebook ia agak mudah anda boleh terus kongsikan bahan promosi. 

Ada 2 jenis Affiliate


1. Pay Per Click

Pay Per Click memberikan komisen mengikut jumlah pengguna yang mengklik link yang ditampilkan affiliate. 

2. Pay Per Sale

Pay Per Sale memberi komisen apabila ada jualan melalui link yang ditampilkan oleh affiliate pada website atau media sosial mereka.

Saya memulakan program affiliate saya yang pertama dengan Klikjer.com. Ia adalah sebuah web yang menawarkan program affiliate yang terkenal di Malaysia. Kebanyakan produk yang anda boleh pasarkan melalui program ini adalah produk digital. Ia adalah salah satu program affiliate yang saya suka sarankan kepada anda untuk mencuba. Anda mahu tahu lebih apa itu Klikjer ?




3.   Menjadi Agen Dropship

Dropship ini adalah sejenis model perniagaan di mana kita menjual produk tanpa menyimpan stok.Anda adalah agen pemasaran sekaligus orang tengah. Kerja anda cuma mempromosikan produk tersebut dan apabila ada orang memgambil order dari anda, anda hanya buat pesanan kepada pembekal anda tadi untuk menghantar barang tersebut kepada pelanggan. Biasanya, pelanggan anda akan membuat pembayaran kepada anda, dan anda pula akan membuat pembayaran kepada pembekal anda. 

Bagaimana perniagaan dropship dijalankan ?
Photo adalah ehsan Internet. 

Kebaikan Dropship
  • Tiada modal diperlukan. Anda hanya perlu rajin mempromosi produk.
  • Tidak perlu menyimpan stok. Stok barang akan kekal berada di premis pembekal sehinggalah ia dihantar kepada pelanggan anda.
  • Anda boleh bekerja di mana sahaja 24 jam sehari
Jika anda berminat untuk menjadi agen dropship anda boleh memulakannya dengan buat kajian tentang dropshipping di internet terlebih dahulu. Ada ribuan makluman yang anda boleh baca. Setelah anda memutuskan untuk menjalankan perniagaan dropship ini, anda bolehlah memilih merchant yang anda berkenan. Antara laman web yang menyediakan peluang dropship di Malaysia adalah seperti :
Handbagwholesale
dan banyak lagi...

Setelah menjadi agen dropship berdaftar anda bolehlah mula mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda hendak jual atau tawarkan dengan memuatnaik ke laman web seperti Mudah.my atau Carousell.com. Anda juga boleh membuat promosi di media sosial anda. Jadi rahsianya, anda bolehlah menyertai kumpulan-kumpulan di Facebook yang dicipta khas untuk tujuan pengiklanan. Lebih ramai ahli di dalam kumpulan tersebut, lebih ramai pengguna yang akan melihat iklan anda secara percuma.

Untuk membuat iklan berbayar di Facebook pada masa ini boleh mencecah dari RM3.00 hingga RM22.00 sehari bergantung kepada target anda. Tetapi masih ada alternatif lain untuk anda membuat iklan. Pelajarilah bagaimana meletupkan jualan anda di Facebook dengan Fanpage Superstar!


4.   Berkebun - Pertanian Suatu Perniagaan





Anda suka berkebun? Atau anda sudah ada kebun mini atau kebun besar di belakang rumah anda? Nah, jangan segan jangan malu untuk membuat suatu transformasi bagi kebun anda. Jangan limitkan aktiviti perkebunan anda hanya menjadi suatu hobi atau tempat beriadah sahaja. Anda boleh menanam tanaman yang boleh menjana pendapatan sampingan seperti cili, betik sekaki, limau, halia, kunyit dan lain-lain.

Ruang kebun anda kecil dan terhad? Tanah kurang subur? Semua itu bukan halangan lagi pada zaman ini. Ada banyak laman web yang berkaitan dengan pertanian, kebun, hoikultur tidak kurang juga laman web yang menjual peralatan pertanian dan memberi khidmat nasihat tentang tanaman dan cara-cara berkebun yang betul. Anda boleh layari :









                                                                                  
Tanamsendiri.com
dan banyak lagi.....



5.   Jadi Penulis - Menulis Di Blog, Menjadi Ghostwriter atau Menulis Ebook

Di zaman serba moden ini, anda boleh menjana pendapatan hasil dari penulisan di blog anda. Jikalau anda adalah seorang yang mempunyai banyak idea-idea penulisan yang baik, anda tidak harus menunggu lagi. Mulakan membuat blog anda secepatnya. Walaupun anda tidak hebat di dalam kesusasteraan atau penulisan Bahasa Melayu atau pun Bahasa Inggeris, anda masih layak menulis blog.

Jika anda suka berkebun, anda boleh menulis blog berkenaan kebun dan pertanian. Dengan itu anda akan mempunyai idea yang  banyak untuk membangunkan blog anda. Demikian juga jika anda suka tentang alam sekitar dan berminat dengan aktiviti pemuliharaan alam sekitar, maka anda bolehlah menulis blog yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar pula. Disamping mengisi masa lapang menulis blog, anda sebenarnya sedang mengambil bahagian di dalam komuniti anda dengan menulis idea-idea dan buah fikiran anda melalui blog anda. 

Anda boleh menjadi penulis artikel, ebook atau ghostwriter. Tahukah anda apa itu ghostwriter? Ghostwriter adalah penulis yang menghasilkan karya bagi pihak yang lain. Contoh seorang yang berminat menghasilkan sebuah buku tetapi tidak mempunyai masa atau bakat menulis, boleh meminta ghostwriter menulis bagi dirinya dengan suatu upah yang dipersetujui bersama. Terdapat beribu-ribu ghostwriter di seluruh dunia.

Apa kata anda cuba mendalami ilmu penulisan dengan ebook Rahsia Penulis? Anda boleh dapatkan maklumat di sini


6. Menjadi Pereka Grafik

Anda boleh menjadi seorang pereka grafik. Apa itu seni reka grafik ? Seni grafik adalah suatu seni komunikasi visual. Seni ini menggunakan gambaran dekorasi, tipografi, ilustrasi dan fotografi. Dalam ertikata lain, seni grafik adalah suatu seni komersil. 

Bidang-bidang di bawah seni grafik adalah :
  • Reka Bentuk Korporat
  • Reka Bentuk Penerbitan
  • Reka Bentuk Pembungkusan 
  • Reka Bentuk Pengiklanan
  • Reka Bentuk Multimedia
  • Reka Bentuk Laman Web



Untuk menjadi seorang pereka grafik perlulah mempunyai kriteria seperti :
  • Berkebolehan didalam merancang, mencipta, membuat dan mengembangkan sesuatu rekaan.
  • Mempunyai ilmu formal didalam senireka.
  • Mahir melukis, mentafsir, memilih warna dan reka letak.
  • Berkemahiran mengaplikasikan perisian grafik seperti Adobe Ilustrator, Adobe Photoshop, Flash dan banyak lagi yang berkaitan dengan multimedia.
Bagaimana memulakan kerjaya sebagai pereka grafik :

  1. Pilih bidang seni reka bentuk grafik yang anda betul betul sukai dan minat. Lebih besar minat anda dalam sesuatu bidang itu, lebih ikhlas anda berusaha untuk mendalami ilmu itu. Maka lebih besarlah kebarangkalian untuk anda berjaya dalam bidang itu.
  2. Ambil kursus seni reka bentuk grafik. Beli buku-buku yang berkaitan dengan kursus dan bidang yang anda hendak pelajari. 
  3. Sertai komuniti atau kelab reka bentuk grafik  di kawasan anda. Anda juga harus menyertai kumpulan grafik dalam forum atau pun laman sosial seperti Facebook dan sebagainya.
  4. Cuba mengembangkan gaya sendiri yang unik.
  5. Mengubah/Redesign kerja orang lain. Mengubah maksudnya mengubah dan menambah baik hasil kerja orang lain mengikut konsep anda sendiri untuk mereka cipta suatu rekaan yang baru. Anda mungkin mengurangkan atau membuang sesuatu ciri-ciri yang ada pada rekabentuk asal orang lain, dan menambah ciri-ciri baru yang sesuai mengikut pandangan dan kreativiti anda sendiri. Dengan itu anda sudah mempunyai suatu produk baru rekaan anda sendiri.
  6. Membuat portfolio yang bertujuan untuk memperkenal diri anda sebagai seorang pereka grafik. Portfolio anda boleh dibuat dalam 3 bentuk iaitu dalam bentuk soft copy (CD/DVD), anda juga boleh mencetak portfolio anda di atas kertas A3 (kebiasaannya) dan juga secara online. Portfolio melalui online akan memudahkan anda dari rumah sahaja kerana anda boleh bekerja dimana-mana sahaja. Anda boleh mencipta porfolio secara percuma di pelbagai platform seperti 
Dan banyak lagi..



7. Menjadi Pengurus Halaman Facebook

Kalau anda suka Facebook, kerja ini sesuai untuk anda. Kerjanya ialah menjadi pengurus halaman facebook. Halaman Facebook yang biasanya memerlukan pengurus halaman adalah FanPage atau halaman sesuatu kumpulan besar yang dicipta bagi tujuan pengiklanan. Saya pernah menyertai suatu kumpulan Facebook yang mana ahli-ahlinya mencecah sehingga sejuta orang. Anda hanya perlu jawab mesej, komen dan like post yang dikeluarkan oleh page yang anda urus. Anda sebagai admin juga bertanggungjawab memastikan page yang anda urus berada dalam keadaan yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Facebook.



8. Menyediakan Khidmat Dekorasi Bagi Majlis Perkahwinan

Anda boleh menjadi pakar dekorasi bagi majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan akan kekal ada selamanya kerana semua orang akan berkahwin pada suatu hari nanti.Anda boleh mulakan secara kecil-kecilan dulu dengan menjadi pakar dekorasi majlis perkahwinan rakan-rakan anda dulu. Jika perkhidmatan anda memuaskan, dengan adanya media sosial suatu hari nanti anda dapat mengembangkan perniagaan anda. 





9. Menjual Makanan Dari Rumah

Masakan anda sedap? Anda boleh menjual makanan samada untuk sarapan pagi, makan tengahari atau pun untuk makan malam secara kecil-kecilan dengan membuat iklan di kumpulan Whatsapp anda. Pasaran anda pula adalah penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan anda sahaja. Jika di dalam kampung anda ada 50 buah keluarga sahaja seperti di kampung yang saya diami bersama keluarga sekarang ini, pasti ada juga 9 atau 10 orang yang akan membuat pesanan dengan anda. Nah anda hanya perlu memasak untuk orang-orang yang membuat pesanan tersebut dan menghantarnya terus ke rumah mereka. Jadi maksudnya untuk menu hari Selasa, anda harus membuat pemberitahuan di Whatsapp Group anda pada hari Isnin. Menu untuk hari Rabu pula anda harus iklankan pada hari Selasa dan begitulah seterusnya. 

Zaman sekarang ini kebanyakan ahli keluarga terutama ibu dan bapa sangat sibuk. Kebanyakan ahli keluarga suka makanan yang dimasak di rumah, tetapi ada juga waktu-waktunya ibu bapa tidak sempat untuk menyediakan makanan mereka akan sangat menghargainya jika ada yang sudi menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan terus ke rumah mereka. Nah itulah peluang untuk anda yang pandai masak.

10. Menjual Hasil Jahitan Anda

Jika anda pandai menjahit dan membuat pakaian sendiri, anda boleh menjual hasil jahitan anda secara online sahaja. Anda tidak perlu menyewa kedai untuk tapak kedai jahit anda. Jika anda tidak begitu mahir membuat pakaian, anda boleh membuat langsir dan cadar dahulu sebagai permulaan. Anda juga boleh membuat label sendiri untuk hasil jahitan anda. Harga yang anda tetapkan haruslah berpatutan dan bersesuaian dengan material yang anda gunakan untuk menghasilkan sesuatu produk jahitan. Anda bolehlah mempromosikan produk anda melalui blog, Facebook, Pinterest dan sebagainya. Modal yang anda perlukan untuk memulakan projek jahitan di rumah sangat rendah tidak sampai RM1500.00 bergantung kepada jenis mesin jahit yang anda gunakan. 

Diharapkan blog ini dapat memberi sedikit idea dan penjelasan kepada para pembaca tentang beberapa cara untuk menjana pendapatan dari rumah. Saya akui bahasa yang digunakan agak lintang pukang, tetapi ia ditulis dari hati. Terima kasih kerana sudi membaca. 










Friday, June 16, 2017

Jana Pendapatan Dengan Affiliate

Apa itu Affiliate ?
Sebenarnya affiliate marketing ini sudah lama wujud di dalam perniagaan. Cuma 'affiliate marketing' ini kedengaran lebih sofistikated dan moden. Di dalam dunia fizikal ia dipanggil orang tengah yang membuat kerja-kerja pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan. Pada masa dulu, kita dapat melihat pekerja-pekerja yang berada di dalam bidang pemasaran bekerja dengan memasang papan iklan di jalan-jalan, tetapi sekarang sesiapa sahaja boleh memasang iklan hanya menggunakan website sahaja. Apa yang perlu dibuat oleh agen affiliate adalah memasang atau menampalkan iklan pengeluar produk di website mereka menggunakan link yang akan diberi oleh pengeluar produk. Sekiranya ada pembeli membeli produk melalui link di website anda, anda akan dibayar komisen pada kadar yang telah ditetapkan.
Bagaimana Affiliate Bekerja ?
Beginilah affiliate bekerja. Ia semudah 123, walaubagaimana pun perlulah masa dan usaha dicurahkan untuk kerja affiliate ini. Sekiranya anda memang meminati cara kerja ini, ia akan menjadi suatu pekerjaan yang dapat memuaskan hati dan menggembirakan anda. Beginilah caranya affiliate bekerja (sila lihat carta). 




Kelebihan affiliate marketing?
  1. Potensi penghasilan yang besar – potensi income yang anda hasilkan bergantung kepada kerja keras anda dan impian anda. Walaubagaimanapun anda tidak boleh membuat web pada hari ini, membuat tampalan link esoknya dan mendapat komisen pada lusa harinya ya! Affiliate marketing memerlukan anda banyak membaca, membuat kajian, menguruskan web dengan baik dan sebagainya. Jika anda berminat memasarkan suatu produk, anda perlu mengambil masa mengkaji produk tersbut sebelum memasarkannya. Dengan itu, anda adalah seorang agen affiliate yang bertanggungjawab.
  2. Bekerja dari mana saja di dunia – Ini adalah salah satu alasan utama saya melakukan affiliate marketing. Anda boleh bekerja di mana sahaja asalkan anda tidak lupa membawa laptop anda!
  3. Tidak ada kos pengeluaran – Ramai orang terhalang keinginan mereka untuk mengeluarkan produk kerana kos pengeluaran yang tinggi. Dengan affiliate marketing, kos pengeluaran bukan lagi sebuah masalah karena produk sudah dikeluarkan, hanya menunggu untuk dipasarkan dan dijual sahaja.
  4. Kos Permulaan yang rendah – Dibandingkan dengan membangun sebuah kedai fizikal, menjadi seorang affiliate marketer hanya memerlukan sebuah meja, komputer dengan sambungan internet dan beberapa software.
  5. Tidak ada kos perlesenan – Seorang pengedar di dunia nyata  mesti membayar kos untuk perlesenan untuk memasarkan produk di area tertentu yang terbatas. Program affiliate pula adalah sebaliknya, ia adalah percuma. 
  6. Dapat menjual apa saja – Di negara moden dan maju, hampir semua barang dibeli secara online. Di masyarakat negara berkembang pun banyak barang mulai dibeli secara online seperti buku, software, elektronik, CD dan lain-lain. Ada puluhan ribu program affiliate yang anda boleh pilih untuk dipromosikan.
  7. Tidak memerlukan pengalaman sales / menjual –  Anda tidak memerlukan pengalaman sales untuk memulakan affiliate marketing, . Pengeluar produk (merchant) menyediakan material pemasaran yang bagus yang dapat digunakan di website affiliate yang kita buat.
  8. Tidak perlu ada pekerja – Anda tidak memerlukan pekerja! Anda bekerja bersendirian.
  9. Tidak kos pemrosesan order – Untuk memproses order secara online, pengeluar produk (merchant) perlu menanggung kos merchant account, caj pemrosesan kad kredit, caj bila terjadi  credit card fraud / curian, caj refund / pembatalan order dan lain-lain. Affiliate marketer tidak perlu runsing memikirkan itu semua.
  10. Tidak perlu ada stok barang – Sebagai seorang affiliate marketer, anda dapat menjual item besar seperti furniture, barang elektronik tanpa perlu pening dengan tempat stok barang.
  11. Tidak perlu memproses order – Anda tidak perlu membuat kerja-kerja memproses order!
  12. Tidak perlu  melakukan pengiriman – Pengeluar produk sendiri akan menjalankan kerja-kerja pengiriman produk.
  13. Tidak perlu ada Customer Service – Anda tidak perlu perlu menjalankan kerja-kerja perkhidmatan pelanggan. Pengeluar produk akan menguruskan pelanggan mereka. Anda hanya perlu memasarkan produk.
  14. Menghasilkan pendapatan ketika anda tidur – Kerja affiliate memungkinkan anda menjana pendapatan 24 jam sehari, walaupun ketika anda sedang tidur.
  15. Pasar seluruh dunia – Internet adalah pasar yang paling besar di dunia. Anda boleh mendatangkan visitor / pengunjung ke kedai online anda dari seluruh dunia. Pengunjung kedai online anda mungkin orang Amerika, seorang tua yang tinggal di kaki gunung, seorang surirumah dari Australia dan sebagainya.
  16. Bekerja dari rumah – Bekerja dari rumah seringkali menjadi impian bagi banyak pekerja yang perlu  menghabiskan waktu lama hanya untuk sampai ke tempat kerja. Seperti mana ia adalah impian saya. Ibu-bapa yang dapat bekerja hanya dari rumah pula dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.
  17. Risiko kecil – Risiko yang bakal anda hadapi sangat kecil, hampir tiada! Sekiranya anda tidak berjaya mendapat komisen daripada produk yang anda iklankan di web anda, mungkin produk itu bukan untuk anda, gantikan saja! Tukar produk yang lebih menarik.
Terdapat ribuan program affiliate yang ada. Terpulang kepada anda membuat pilihan  yang mana satu produk yang anda hendak promosikan. Bagi saya pula, saya memulakan program affiliate saya yang pertama dengan Klikjer.Com. Dengan Klikjer, saya banyak belajar tentang affiliate. Ia mengajar saya berusaha, berusaha dan terus berusaha. Usaha kita walaupun kecil, contohnya usaha untuk belajar apa itu copywriting, tetap suatu usaha. Kita tidak akan menuai hasilnya esok lusa, tetapi hasil kerja keras kita tetap akan mendapat hasil yang setimpal suatu hari nanti. Mahu tahu apa itu Klikjer.Com ?




PS: Jika Anda suka atau merasa artikel ini bermanfaat, tolong SHARE melalui butang Social Media (Pinterest, Twitter, Facebook,  Google+ atau Linkedin) yang kami sediakan. Terimakasih ðŸ™‚

Thursday, June 15, 2017

INSTAGRAM KABOOM




INSTAGRAM KABOOM

TINGKATKAN FOLLOWER DAN LETUPKAN JUALAN DI INSTAGRAM

Tahukah anda bahawa kos untuk membuat iklan di Facebook sudah semakin mahal? Kos untuk membuat iklan di Facebook boleh mencecah dari RM3.00 hingga RM22.00 sehari bergantung kepada target pengiklan sendiri. Sanggupkah anda membayar minimum RM3.00 sehari selama beberapa hari untuk mengiklan produk tudung anda? 

Untuk membuat iklan percuma di Facebook kini hanya tinggal harapan. Sekiranya anda membuat iklan di halaman peribadi anda, rakan-rakan pula akan menjadi bosan melihat post iklan anda setiap hari. Kadar capaian (reach) bagi setiap post facebook kini sangat sedikit. Jika anda mahu ramai orang melihat post anda, maka anda kenalah bayar!

Tahukah Anda ?
  • Di INSTAGRAM terdapat 600 juta pengguna
  • 57% daripada pengguna ini akan login setiap hari di Instagram
  • Kadar engagement bagi setiap post Instagram adalah 57x lebih inggi daripada Facebook dan 120x lebih tinggi daripada Twitter
Mengikut statistik data yang dikeluarkan oleh aplikasi Buffer pula :

  • Seramai 2.81% orang akan bertindakbalas untuk tag, komen dan like di Instagram berbanding Facebook hanya 0.25% dan Twitter 0.21%. Ini bermakna para pengguna media sosial lebih suka like, komen dan tag 10x ganda di Instagram berbanding Facebook dan Twitter.
  • Jika di Facebook anda mempunyai 100 fans, anda mungkin akan mendapat 2 likes and 2 komen
  • Manakala di Instagram, anda boleh mendapat 15-20 tindakbalas daripada 100 fans tersebut.

Terdapat beberapa sebab mengapa anda tidak berjaya membuat jualan di Instagram. Sekiranya ada jualan adalah sangat perlahan dan tidak memberangsangkan. Selama ini anda banyak meletakkan iklan di Instagram tetapi nampaknya orang seperti tidak mengendahkan iklan anda. Jangan putus asa. Inilah masanya anda mendapatkan eBOOK 

Instagram Kaboom - Panduan Tingkatkan Follower & Letupkan Jualan Di Instagram (Edisi 2017).


Makluman : Ebook ini adalah dalam format file softcopy PDF. Ia bukan sebuah buku fizikal. Anda akan diberikan link download melalui email anda jika anda membeli ebook ini. 


Apakah kebaikan membeli ebook ini ?





  • Membantu anda meningkatkan ilmu pengetahuan bagaimana meningkatkan follower yang targeted, aktif dan real di Instagram.
  • Ebook ini realistik dan praktikal. Ia hasil daripada pengalaman penulis iaitu Nigel Ong sepanjang menyediakan servis tarik follower di Instagram. Ia adalah sebuah ebook premium.
  • Aspek yang dikupas di dalam ebook ini meliputi strategi, teknik dan cara menjual dengan betul di Instagram sahaja.


Isi Kandungan Ebook
Instagram Kaboom

  1. Instagram 101 - penerangan serba ringkas dari segi fungsi, ciri-ciri dan manfaat Instagram
  2. Kenapa Kedai Online Instagram - penerangan 4 sebab utama kenapa anda perlu bermula menjual di instagram
  3. Langkah-langkah mMeletupkan Jualan Di Instagram - penerangan 6 elemen penting yang mesti anda lengkapkan sebelum menjual apa-apa produk atau perkhidmatan.
  4. Cipta Pelanggan - penerangan teliti cara bagaimana anda boleh mengenalpasti siapakah bakal pelanggan anda yang akan membeli produk anda berkali-kali
  5. Bina Kedai IG Anda-penerangan bagaimana untuk setup kedai IG anda
  6. Teknik Kumpul Follower- penerangan tentang kaedah teknikal, organik dan otomatik untuk mengumpul follower
  7. Berinteraksi dengan Follower Anda- 9 rahsia dan petua untuk berinteraksi dengan follower anda secara santai


Dapatkan ebook ini dengan harga diskaun RM70.00 sahaja untuk masa yang terhad !

Rahsia Memborong Online Dari China

Tahukah anda, di zaman teknologi ini anda boleh berniaga borong dan menjana untung besar dengan hanya duduk menghadap komputer atau telefon pintar anda saja. Pada masa dahulu, para peniaga perlu datang ke China untuk memborong barang. Bayangkan betapa banyak masa, wang dan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan cara lama. 

Memperkenalkan kepada anda, website yang menjadi lubuk bagi pemborong-pemborong di Malaysia, memborong barang dari China secara online!

Lubuk Borong Online :  TaoBao.Com

Walaubagaimana pun, sebelum anda terus bergegas membuka laman web tersebut, anda perlu mengetahui beberapa perkara yang sangat penting.


1. Jika anda terus ke halaman tersebut dan cuba membuat pembelian secara online tanpa ilmu yang mencukupi, ada kemungkinan barang yang anda beli itu tidak akan sampai ke tangan anda dengan selamat.

2. Anda mungkin terpaksa membayar kos yang tinggi samada itu adalah kos percukaian atau kos penghantaran.


3. Sebenarnya bukan semua barang yang ditawarkan di halaman TaoBao.Com sesuai untuk anda beli dan borong. Hanya barang-barang tertentu sahaja yang sesuai anda borong melalui halaman tersebut, dan terdapat banyak barang yang anda perlu elakkan daripada membeli daripada web tersebut.

Anda pasti sering mendengar AliBaba.Com, AliExpress.Com. Mengapa pula timbul lagi TaoBao.Com? Untuk pengetahuan anda, TaoBao.Com merupakan website milik syarikat AliBaba.Com. Mengapa pula TaoBao.Com perlu diwujudkan sedangkan mereka sudah mempunyai AliBaba ? Sebenarnya TaoBao.Com diwujudkan untuk segmen pasaran yang berbeza.


AliBaba.Com adalah dikhususkan untuk pemborong-pemborong yang besar, dimana produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat murah, tetapi anda diwajibkan membeli dalam kuantiti di antara 500-1000 unit ke 10000 unit.


Manakala Ali.Express.Com dikhususkan untuk segmen pengguna, dimana pembeli boleh membeli pada kuantiti yang sedikit, tetapi pada harga yang lebih mahal.Ia sebenarnya lebih dikhususkan kepada para pengguna dari Amerika Syarikat yang ingin membeli terus dari China.

Dapatkan ebook Rahsia TaoBao anda sekarang!

Makluman : Ini adalah sebuah eBOOK(electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli ebook ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau telefon pintar anda. Tiada buku fizikal akan dihantar atau diposkan ker rumah anda.

Terdapat 6 Rahsia Yang Sangat Penting terdapat di dalam ebook ini :
  1. Teknik Mencari Produk Pasti Laku
  2. Produk Yang Perlu Dielakkan
  3. Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian di TaoBao
  4. Apa Yang Perlu Dibuat Jika Barang Tidak Sampai Atau Ditahan Kastam
  5. Cara Menjual Barang Yang Telah DiBorong Secara Online
  6. Proses Jualan & Teknik Meng'Ayat'

Dapatkan ebook hebat yang akan membawa anda lebih maju di dalam perniagaan borong ini!