Wednesday, August 9, 2017

Bisnes Fotografi




Fotografi, selain menjadi hobi dan minat ramai orang, boleh menjadi suatu sumber bagi kita menjana pendapatan sampingan yang lumayan jika kita benar-benar bekerja keras dan menggunakan sepenuhnya ilmu di dalam bidang ini. Berbekalkan kamera DSLR dan ilmu pemasaran anda boleh menukar minat menangkap gambar menjadi satu kerjaya atau perniagaan yang memberi pulangan yang memuaskan.


Anda boleh memulakan bisnes fotografi tanpa mengira faktor usia. Asalkan anda mempunyai kamera DSLR, meminati bidang fotografi dan mempunyai motivasi untuk belajar lebih mendalam mengenai bisnes fotografi, anda patut meneruskan niat anda untuk menjalankan perniagaan fotografi ini dengan lebih serius.

Bidang ini boleh diceburi oleh sesiapa pun termasuklah :


  • Para pelajar sekolah, terutama sekali pelajar yang bakal menamatkan persekolahan, dimana ada cuti yang panjang sementara menunggu keputusan SPM atau STPM dan memasuki kolej atau universiti. Mengapa tidak belajar fotografi? Masa itu emas. Gunakan masa cuti beberapa bulan sebelum menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi untuk mendalami bidang fotografi.
  • Ibu-bapa yang ingin menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang fotografi
  • Golongan pekerja yang mempunyai pekerjaan tetap tetapi berminat dengan bidang fotografi dan bercadang membuat kerja sambilan sebagai jurugambar pada hujung minggu.
Jana pendapatan sampingan dengan bisnes fotografi. Lawati laman web ExpertPhotography dikendalikan oleh Josh, seorang pakar di dalam bidang fotografi. Menurut Josh, kali pertama beliau menggunakan kamera DSLR beliau begitu kekok dan hanya selepas beberapa lama barulah beliau mampu menangkap gambar yang memuaskan hati.








No comments:

Post a Comment