Monday, July 24, 2017

Unit Trust

Di dalam keadaan ekonomi negara yang sangat mencabar pada masa kini, rata-rata semua orang berusaha sedaya upaya mereka untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Melabur di dalam unit trust adalah salah satu cara untuk anda menjana pendapatan tambahan. Walaubagaimana pun, anda haruslah memahami bagaimana unit trust bekerja sebelum anda mula melibatkan diri dalam bidang ini.

 Apa Itu Unit Trust?

Unit trust adalah unit amanah. Di Malaysia ia lebih popular dengan sebutan unit trust. Dari segi istilah, unit trust ini adalah satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif yang sama untuk mengumpulkan wang simpanan mereka, yang kemudiannya akan dilaburkan di dalam saham atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus dana professional.

Pengurus dana mungkin melabur dalam aset seperti bonds, stocks, derivatives, money market instruments, cash atau pun property. Aset-aset ini merupakan aset yang produktif yang dapat menjana keuntungan kepada pemiliknya.

Potensi keuntungan dari pelaburan unit trust ini sangat besar, sehingga tiga (3) kali ganda jika dibandingkan dengan keuntungan yang didapati daripada deposit tetap, KWSP atau pun ASB. Anda pula tidak perlu terlalu bekerja keras siang malam, sebaliknya apa yang anda perlukan adalah ilmu dan pengetahuan dalam bidang pelaburan unit trust ini.

Anda sebenarnya boleh saja terus ke pejabat pengurus unit trust untuk proses pendaftaran pelaburan anda, dimana ramai pekerja atau agen yang akan membantu anda. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang pelaburan unit trust ini di kebanyakan bank yang ada di negara kita. Tetapi sebaiknya anda harus mendalami sendiri ilmu unit trust ini dahulu. Dengan ilmu dan pengetahuan secukupnya, anda dapat memaksimumkan keuntungan anda dalam pelaburan unit trust ini.




Perbandingan Pulangan Keuntungan Pelaburan
Nota : Purata pulangan setahun apabila melabur dalam tempoh 10 tahun dalam tiap-tiap jenis pelaburan. Purata pulangan adalah bergantung kepada keadaan pasaran, masa masuk dan keluar daripada pelaburan dan tahap risiko tiap-tiap pelaburan


Terdapat 2 syarat untuk memperolehi keuntungan yang tinggi di dalam pelaburan unit trust. Iaitu..
  1. Melabur di dalam FUND YANG TERBAIK dari segi pulangan
  2. MASA YANG TEPAT untuk membeli atau menjual.

Khairul Arifin, seorang pakar didalam pelaburan unit trust dan berjaya mendapat banyak keuntungan, mendedahkan bahawa beliau menggunakan teknik MTS iaitu satu  kaedah khas untuk menentukan pelaburan yang terbaik di dalam ebook beliau Rahsia Unit Trust - Teknik Menggandakan Keuntungan Dengan Pelaburan Unit Amanah.


Siapakah yang patut mendapatkan ebook ini?

  • Golongan yang baru hendak memulakan pelaburan unit trust.
  • Golongan yang sudah pernah membabitkan diri dalam pelaburan unit trust tetapi belum mendapatkan hasil yang memberangsangkan
  • Agen-agen unit amanah yang ingin meluaskan lagi pengetahuan dalam bidang unit trust.


Apakah Isi Kandungan & Manfaat Yang Terdapat Di Dalam Ebook Ini?

Menerusi ebook ini, anda akan didedahkan dengan...
  • Perbezaan & persamaan diantara pelaburan unit trust dan pasaran saham.
  • Bagaimana untuk menterjemah carta indeks pasaran saham bagi mengetahui arah sebenar pergerakkan pasaran saham samaada turun (downtrend) atau naik (uptrend) . Perkara ini sangat penting untuk menentukan masa yang sesuai untuk anda melabur di dalam unit trust.
  • Anda akan didedahkan dengan kaedah ringkas memilih dana saham terbaik yang sedang mengalami peningkatan prestasi dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment