Ada banyak cara untuk anda menjana pendapatan sampingan dari rumah sahaja. Apa yang penting anda gigih berusaha dan tidak cepat putus asa. Untuk memulakan sesuatu perniagaan secara dalam talian memang memakan masa yang agak lama dan memerlukan kesabaran yang banyak. Untuk menyediakan website sahaja sudah boleh membuatkan kita stress,tetapi apa yang penting kita suka apa yang kita buat, dan kita buat apa yang kita suka.
10 Cara Menambah Pendapatan Dari Rumah:
1. Jual Pakaian Atau Barang-Barang Lama Anda
- Adakah anda mempunyai pakaian dan aksesori yang anda sayangi, masih baru tetapi anda sudah tidak memakainya lagi? Almari pakaian anda penuh dengan pakaian lama? Anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menjual pakaian lama anda, asalkan pakaian tersebut masih elok dan masih boleh dipakai.
- Anda hanya perlu mengambil gambar pakaian yang anda hendak jual dan muat naik di laman web seperti Facebook,Mudah.my, Carousell, 11 Street, Lelong dan sebagainya.
Elakkan meletakkan gambar seperti yang di atas untuk mengiklankan pakaian untuk dijual ya!
Anda boleh menjual pakaian lama atau baru anda di www.carousell.com Hanya daftar percuma, ambil gambar dan jual. Di Carousell juga ada ratusan ribu produk yang anda boleh pilih, daripada barangan bayi hinggalah barangan kecantikan dan barangan dapur. Carousell tidak mengenakan sebarang caj jika anda ingin menjual barangan atau perkhidmatan anda, tidak seperti laman web yang lain yang memerlukan anda membayar yuran minimum atau pun memerlukan maklumat kad kredit atau debit anda. Jadi anda bebas berniaga di Carousell.
Disamping dapat menjual barang anda di Carousell, anda juga dapat menjimatkan perbelanjaan shopping anda kerana di Carousell ada beribu barang dan item yang anda boleh pilih, Ahli-ahli di Carousell terdiri daripada pemborong, peruncit, agen dropship dan pembeli biasa. Harga yang mereka tawarkan sangat berpatutan. Mahu melawat laman web Carousell ?
2. Menjadi Affiliate
.
Affiliate adalah salah satu jenis program perniagaan secara dalam talian yang dapat dijadikan sebagai satu usaha yang dapat menghasilkan untung besar jika dijalankan dengan cara yang betul ditambah dengan kesabaran dan kegigihan kita. Affiliate berperanan sebagai orang tengah atau perantara diantara pengeluar produk dan pelanggan mereka. Affiliate akan dibayar komisen apabila ada pelanggan membeli produk melalui web atau link affiliate.
Sebagai contoh, anda berminat menjual tudung kanak-kanak. Tudung Si Comel adalah pengeluar tudung kanak-kanak, ia menawar program affiliate. Jadi anda hanya perlu mendaftar dengan Tudung Si Comel untuk menjadi affiliate mereka. Selepas anda berdaftar dengan Tudung Si Comel sebagai affiliate, anda akan diberi akses kepada web mereka dimana anda akan dapat menggunakan bahan promosi yang disediakan oleh mereka. Bahan promosi adalah dalam bentuk banner, video, email links dan email templates. Bahan-bahan promosi inilah yang akan anda gunakan untuk membuat promosi samada di Facebook, website atau blog anda.
Untuk membuat promosi dengan website dan blog memanglah mengambil masa sedikit. Anda perlu membuat website atau blog terlebih dahulu, berbeza dengan Facebook ia agak mudah anda boleh terus kongsikan bahan promosi.
Ada 2 jenis Affiliate
Pay Per Click memberikan komisen mengikut jumlah pengguna yang mengklik link yang ditampilkan affiliate.
2. Pay Per Sale
Untuk membuat iklan berbayar di Facebook pada masa ini boleh mencecah dari RM3.00 hingga RM22.00 sehari bergantung kepada target anda. Tetapi masih ada alternatif lain untuk anda membuat iklan. Pelajarilah bagaimana meletupkan jualan anda di Facebook dengan Fanpage Superstar!
Pay Per Sale memberi komisen apabila ada jualan melalui link yang ditampilkan oleh affiliate pada website atau media sosial mereka.
Saya memulakan program affiliate saya yang pertama dengan Klikjer.com. Ia adalah sebuah web yang menawarkan program affiliate yang terkenal di Malaysia. Kebanyakan produk yang anda boleh pasarkan melalui program ini adalah produk digital. Ia adalah salah satu program affiliate yang saya suka sarankan kepada anda untuk mencuba. Anda mahu tahu lebih apa itu Klikjer ?
3. Menjadi Agen Dropship
Dropship ini adalah sejenis model perniagaan di mana kita menjual produk tanpa menyimpan stok.Anda adalah agen pemasaran sekaligus orang tengah. Kerja anda cuma mempromosikan produk tersebut dan apabila ada orang memgambil order dari anda, anda hanya buat pesanan kepada pembekal anda tadi untuk menghantar barang tersebut kepada pelanggan. Biasanya, pelanggan anda akan membuat pembayaran kepada anda, dan anda pula akan membuat pembayaran kepada pembekal anda.
Bagaimana perniagaan dropship dijalankan ?
Photo adalah ehsan Internet.
Kebaikan Dropship
- Tiada modal diperlukan. Anda hanya perlu rajin mempromosi produk.
- Tidak perlu menyimpan stok. Stok barang akan kekal berada di premis pembekal sehinggalah ia dihantar kepada pelanggan anda.
- Anda boleh bekerja di mana sahaja 24 jam sehari
Jika anda berminat untuk menjadi agen dropship anda boleh memulakannya dengan buat kajian tentang dropshipping di internet terlebih dahulu. Ada ribuan makluman yang anda boleh baca. Setelah anda memutuskan untuk menjalankan perniagaan dropship ini, anda bolehlah memilih merchant yang anda berkenan. Antara laman web yang menyediakan peluang dropship di Malaysia adalah seperti :
Handbagwholesale
dan banyak lagi...
Setelah menjadi agen dropship berdaftar anda bolehlah mula mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda hendak jual atau tawarkan dengan memuatnaik ke laman web seperti Mudah.my atau Carousell.com. Anda juga boleh membuat promosi di media sosial anda. Jadi rahsianya, anda bolehlah menyertai kumpulan-kumpulan di Facebook yang dicipta khas untuk tujuan pengiklanan. Lebih ramai ahli di dalam kumpulan tersebut, lebih ramai pengguna yang akan melihat iklan anda secara percuma.

4. Berkebun - Pertanian Suatu Perniagaan
Anda suka berkebun? Atau anda sudah ada kebun mini atau kebun besar di belakang rumah anda? Nah, jangan segan jangan malu untuk membuat suatu transformasi bagi kebun anda. Jangan limitkan aktiviti perkebunan anda hanya menjadi suatu hobi atau tempat beriadah sahaja. Anda boleh menanam tanaman yang boleh menjana pendapatan sampingan seperti cili, betik sekaki, limau, halia, kunyit dan lain-lain.
Ruang kebun anda kecil dan terhad? Tanah kurang subur? Semua itu bukan halangan lagi pada zaman ini. Ada banyak laman web yang berkaitan dengan pertanian, kebun, hoikultur tidak kurang juga laman web yang menjual peralatan pertanian dan memberi khidmat nasihat tentang tanaman dan cara-cara berkebun yang betul. Anda boleh layari :
Tanamsendiri.com
dan banyak lagi.....
5. Jadi Penulis - Menulis Di Blog, Menjadi Ghostwriter atau Menulis Ebook
Di zaman serba moden ini, anda boleh menjana pendapatan hasil dari penulisan di blog anda. Jikalau anda adalah seorang yang mempunyai banyak idea-idea penulisan yang baik, anda tidak harus menunggu lagi. Mulakan membuat blog anda secepatnya. Walaupun anda tidak hebat di dalam kesusasteraan atau penulisan Bahasa Melayu atau pun Bahasa Inggeris, anda masih layak menulis blog.
Jika anda suka berkebun, anda boleh menulis blog berkenaan kebun dan pertanian. Dengan itu anda akan mempunyai idea yang banyak untuk membangunkan blog anda. Demikian juga jika anda suka tentang alam sekitar dan berminat dengan aktiviti pemuliharaan alam sekitar, maka anda bolehlah menulis blog yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar pula. Disamping mengisi masa lapang menulis blog, anda sebenarnya sedang mengambil bahagian di dalam komuniti anda dengan menulis idea-idea dan buah fikiran anda melalui blog anda.
Anda boleh menjadi penulis artikel, ebook atau ghostwriter. Tahukah anda apa itu ghostwriter? Ghostwriter adalah penulis yang menghasilkan karya bagi pihak yang lain. Contoh seorang yang berminat menghasilkan sebuah buku tetapi tidak mempunyai masa atau bakat menulis, boleh meminta ghostwriter menulis bagi dirinya dengan suatu upah yang dipersetujui bersama. Terdapat beribu-ribu ghostwriter di seluruh dunia.
Apa kata anda cuba mendalami ilmu penulisan dengan ebook Rahsia Penulis? Anda boleh dapatkan maklumat di sini.
6. Menjadi Pereka Grafik
Anda boleh menjadi seorang pereka grafik. Apa itu seni reka grafik ? Seni grafik adalah suatu seni komunikasi visual. Seni ini menggunakan gambaran dekorasi, tipografi, ilustrasi dan fotografi. Dalam ertikata lain, seni grafik adalah suatu seni komersil.
Bidang-bidang di bawah seni grafik adalah :
- Reka Bentuk Korporat
- Reka Bentuk Penerbitan
- Reka Bentuk Pembungkusan
- Reka Bentuk Pengiklanan
- Reka Bentuk Multimedia
- Reka Bentuk Laman Web
Untuk menjadi seorang pereka grafik perlulah mempunyai kriteria seperti :
- Berkebolehan didalam merancang, mencipta, membuat dan mengembangkan sesuatu rekaan.
- Mempunyai ilmu formal didalam senireka.
- Mahir melukis, mentafsir, memilih warna dan reka letak.
- Berkemahiran mengaplikasikan perisian grafik seperti Adobe Ilustrator, Adobe Photoshop, Flash dan banyak lagi yang berkaitan dengan multimedia.
Bagaimana memulakan kerjaya sebagai pereka grafik :
- Pilih bidang seni reka bentuk grafik yang anda betul betul sukai dan minat. Lebih besar minat anda dalam sesuatu bidang itu, lebih ikhlas anda berusaha untuk mendalami ilmu itu. Maka lebih besarlah kebarangkalian untuk anda berjaya dalam bidang itu.
- Ambil kursus seni reka bentuk grafik. Beli buku-buku yang berkaitan dengan kursus dan bidang yang anda hendak pelajari.
- Sertai komuniti atau kelab reka bentuk grafik di kawasan anda. Anda juga harus menyertai kumpulan grafik dalam forum atau pun laman sosial seperti Facebook dan sebagainya.
- Cuba mengembangkan gaya sendiri yang unik.
- Mengubah/Redesign kerja orang lain. Mengubah maksudnya mengubah dan menambah baik hasil kerja orang lain mengikut konsep anda sendiri untuk mereka cipta suatu rekaan yang baru. Anda mungkin mengurangkan atau membuang sesuatu ciri-ciri yang ada pada rekabentuk asal orang lain, dan menambah ciri-ciri baru yang sesuai mengikut pandangan dan kreativiti anda sendiri. Dengan itu anda sudah mempunyai suatu produk baru rekaan anda sendiri.
- Membuat portfolio yang bertujuan untuk memperkenal diri anda sebagai seorang pereka grafik. Portfolio anda boleh dibuat dalam 3 bentuk iaitu dalam bentuk soft copy (CD/DVD), anda juga boleh mencetak portfolio anda di atas kertas A3 (kebiasaannya) dan juga secara online. Portfolio melalui online akan memudahkan anda dari rumah sahaja kerana anda boleh bekerja dimana-mana sahaja. Anda boleh mencipta porfolio secara percuma di pelbagai platform seperti
Dan banyak lagi..
7. Menjadi Pengurus Halaman Facebook
Kalau anda suka Facebook, kerja ini sesuai untuk anda. Kerjanya ialah menjadi pengurus halaman facebook. Halaman Facebook yang biasanya memerlukan pengurus halaman adalah FanPage atau halaman sesuatu kumpulan besar yang dicipta bagi tujuan pengiklanan. Saya pernah menyertai suatu kumpulan Facebook yang mana ahli-ahlinya mencecah sehingga sejuta orang. Anda hanya perlu jawab mesej, komen dan like post yang dikeluarkan oleh page yang anda urus. Anda sebagai admin juga bertanggungjawab memastikan page yang anda urus berada dalam keadaan yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Facebook.
8. Menyediakan Khidmat Dekorasi Bagi Majlis Perkahwinan
Anda boleh menjadi pakar dekorasi bagi majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan akan kekal ada selamanya kerana semua orang akan berkahwin pada suatu hari nanti.Anda boleh mulakan secara kecil-kecilan dulu dengan menjadi pakar dekorasi majlis perkahwinan rakan-rakan anda dulu. Jika perkhidmatan anda memuaskan, dengan adanya media sosial suatu hari nanti anda dapat mengembangkan perniagaan anda.
9. Menjual Makanan Dari Rumah
Masakan anda sedap? Anda boleh menjual makanan samada untuk sarapan pagi, makan tengahari atau pun untuk makan malam secara kecil-kecilan dengan membuat iklan di kumpulan Whatsapp anda. Pasaran anda pula adalah penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan anda sahaja. Jika di dalam kampung anda ada 50 buah keluarga sahaja seperti di kampung yang saya diami bersama keluarga sekarang ini, pasti ada juga 9 atau 10 orang yang akan membuat pesanan dengan anda. Nah anda hanya perlu memasak untuk orang-orang yang membuat pesanan tersebut dan menghantarnya terus ke rumah mereka. Jadi maksudnya untuk menu hari Selasa, anda harus membuat pemberitahuan di Whatsapp Group anda pada hari Isnin. Menu untuk hari Rabu pula anda harus iklankan pada hari Selasa dan begitulah seterusnya.
Zaman sekarang ini kebanyakan ahli keluarga terutama ibu dan bapa sangat sibuk. Kebanyakan ahli keluarga suka makanan yang dimasak di rumah, tetapi ada juga waktu-waktunya ibu bapa tidak sempat untuk menyediakan makanan mereka akan sangat menghargainya jika ada yang sudi menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan terus ke rumah mereka. Nah itulah peluang untuk anda yang pandai masak.
10. Menjual Hasil Jahitan Anda
Jika anda pandai menjahit dan membuat pakaian sendiri, anda boleh menjual hasil jahitan anda secara online sahaja. Anda tidak perlu menyewa kedai untuk tapak kedai jahit anda. Jika anda tidak begitu mahir membuat pakaian, anda boleh membuat langsir dan cadar dahulu sebagai permulaan. Anda juga boleh membuat label sendiri untuk hasil jahitan anda. Harga yang anda tetapkan haruslah berpatutan dan bersesuaian dengan material yang anda gunakan untuk menghasilkan sesuatu produk jahitan. Anda bolehlah mempromosikan produk anda melalui blog, Facebook, Pinterest dan sebagainya. Modal yang anda perlukan untuk memulakan projek jahitan di rumah sangat rendah tidak sampai RM1500.00 bergantung kepada jenis mesin jahit yang anda gunakan.
Diharapkan blog ini dapat memberi sedikit idea dan penjelasan kepada para pembaca tentang beberapa cara untuk menjana pendapatan dari rumah. Saya akui bahasa yang digunakan agak lintang pukang, tetapi ia ditulis dari hati. Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment