Apa itu Affiliate ?
Sebenarnya affiliate marketing ini sudah lama wujud di dalam perniagaan. Cuma 'affiliate marketing' ini kedengaran lebih sofistikated dan moden. Di dalam dunia fizikal ia dipanggil orang tengah yang membuat kerja-kerja pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan. Pada masa dulu, kita dapat melihat pekerja-pekerja yang berada di dalam bidang pemasaran bekerja dengan memasang papan iklan di jalan-jalan, tetapi sekarang sesiapa sahaja boleh memasang iklan hanya menggunakan website sahaja. Apa yang perlu dibuat oleh agen affiliate adalah memasang atau menampalkan iklan pengeluar produk di website mereka menggunakan link yang akan diberi oleh pengeluar produk. Sekiranya ada pembeli membeli produk melalui link di website anda, anda akan dibayar komisen pada kadar yang telah ditetapkan.
Bagaimana Affiliate Bekerja ?
Beginilah affiliate bekerja. Ia semudah 123, walaubagaimana pun perlulah masa dan usaha dicurahkan untuk kerja affiliate ini. Sekiranya anda memang meminati cara kerja ini, ia akan menjadi suatu pekerjaan yang dapat memuaskan hati dan menggembirakan anda. Beginilah caranya affiliate bekerja (sila lihat carta).
Kelebihan affiliate marketing?
- Potensi penghasilan yang besar – potensi income yang anda hasilkan bergantung kepada kerja keras anda dan impian anda. Walaubagaimanapun anda tidak boleh membuat web pada hari ini, membuat tampalan link esoknya dan mendapat komisen pada lusa harinya ya! Affiliate marketing memerlukan anda banyak membaca, membuat kajian, menguruskan web dengan baik dan sebagainya. Jika anda berminat memasarkan suatu produk, anda perlu mengambil masa mengkaji produk tersbut sebelum memasarkannya. Dengan itu, anda adalah seorang agen affiliate yang bertanggungjawab.
- Bekerja dari mana saja di dunia – Ini adalah salah satu alasan utama saya melakukan affiliate marketing. Anda boleh bekerja di mana sahaja asalkan anda tidak lupa membawa laptop anda!
- Tidak ada kos pengeluaran – Ramai orang terhalang keinginan mereka untuk mengeluarkan produk kerana kos pengeluaran yang tinggi. Dengan affiliate marketing, kos pengeluaran bukan lagi sebuah masalah karena produk sudah dikeluarkan, hanya menunggu untuk dipasarkan dan dijual sahaja.
- Kos Permulaan yang rendah – Dibandingkan dengan membangun sebuah kedai fizikal, menjadi seorang affiliate marketer hanya memerlukan sebuah meja, komputer dengan sambungan internet dan beberapa software.
- Tidak ada kos perlesenan – Seorang pengedar di dunia nyata mesti membayar kos untuk perlesenan untuk memasarkan produk di area tertentu yang terbatas. Program affiliate pula adalah sebaliknya, ia adalah percuma.
- Dapat menjual apa saja – Di negara moden dan maju, hampir semua barang dibeli secara online. Di masyarakat negara berkembang pun banyak barang mulai dibeli secara online seperti buku, software, elektronik, CD dan lain-lain. Ada puluhan ribu program affiliate yang anda boleh pilih untuk dipromosikan.
- Tidak memerlukan pengalaman sales / menjual – Anda tidak memerlukan pengalaman sales untuk memulakan affiliate marketing, . Pengeluar produk (merchant) menyediakan material pemasaran yang bagus yang dapat digunakan di website affiliate yang kita buat.
- Tidak perlu ada pekerja – Anda tidak memerlukan pekerja! Anda bekerja bersendirian.
- Tidak kos pemrosesan order – Untuk memproses order secara online, pengeluar produk (merchant) perlu menanggung kos merchant account, caj pemrosesan kad kredit, caj bila terjadi credit card fraud / curian, caj refund / pembatalan order dan lain-lain. Affiliate marketer tidak perlu runsing memikirkan itu semua.
- Tidak perlu ada stok barang – Sebagai seorang affiliate marketer, anda dapat menjual item besar seperti furniture, barang elektronik tanpa perlu pening dengan tempat stok barang.
- Tidak perlu memproses order – Anda tidak perlu membuat kerja-kerja memproses order!
- Tidak perlu melakukan pengiriman – Pengeluar produk sendiri akan menjalankan kerja-kerja pengiriman produk.
- Tidak perlu ada Customer Service – Anda tidak perlu perlu menjalankan kerja-kerja perkhidmatan pelanggan. Pengeluar produk akan menguruskan pelanggan mereka. Anda hanya perlu memasarkan produk.
- Menghasilkan pendapatan ketika anda tidur – Kerja affiliate memungkinkan anda menjana pendapatan 24 jam sehari, walaupun ketika anda sedang tidur.
- Pasar seluruh dunia – Internet adalah pasar yang paling besar di dunia. Anda boleh mendatangkan visitor / pengunjung ke kedai online anda dari seluruh dunia. Pengunjung kedai online anda mungkin orang Amerika, seorang tua yang tinggal di kaki gunung, seorang surirumah dari Australia dan sebagainya.
- Bekerja dari rumah – Bekerja dari rumah seringkali menjadi impian bagi banyak pekerja yang perlu menghabiskan waktu lama hanya untuk sampai ke tempat kerja. Seperti mana ia adalah impian saya. Ibu-bapa yang dapat bekerja hanya dari rumah pula dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.
- Risiko kecil – Risiko yang bakal anda hadapi sangat kecil, hampir tiada! Sekiranya anda tidak berjaya mendapat komisen daripada produk yang anda iklankan di web anda, mungkin produk itu bukan untuk anda, gantikan saja! Tukar produk yang lebih menarik.
Terdapat ribuan program affiliate yang ada. Terpulang kepada anda membuat pilihan yang mana satu produk yang anda hendak promosikan. Bagi saya pula, saya memulakan program affiliate saya yang pertama dengan Klikjer.Com. Dengan Klikjer, saya banyak belajar tentang affiliate. Ia mengajar saya berusaha, berusaha dan terus berusaha. Usaha kita walaupun kecil, contohnya usaha untuk belajar apa itu copywriting, tetap suatu usaha. Kita tidak akan menuai hasilnya esok lusa, tetapi hasil kerja keras kita tetap akan mendapat hasil yang setimpal suatu hari nanti. Mahu tahu apa itu Klikjer.Com ?
PS: Jika Anda suka atau merasa artikel ini bermanfaat, tolong SHARE melalui butang Social Media (Pinterest, Twitter, Facebook, Google+ atau Linkedin) yang kami sediakan. Terimakasih 
No comments:
Post a Comment