Anda suka membaca? Kini kita boleh menukarkan hobi membaca kita menjadi satu sumber menjana pendapatan secara online dengan menjadi book reviewer di OnlineBookClub.
Di OnlineBookClub, kita perlu membaca buku pilihan kita dalam tempoh 30 hari dan menulis dan menghantar review dalam tempoh 7 hari selepas mengesahkan bahawa kita telah habis membaca buku yang ingin kita review. Walaubagaimana pun kita tidak akan mendapat pembayaran bagi review buku yang pertama. Tugasan review buku yang pertama akan dijadikan penanda aras rating penulisan seseorang reviewer itu.
Reviewer boleh mendapat bayaran diantara USD5 hingga USD 60 bagi satu tugas membaca dan membuat review buku, bergantung kepada jenis buku, jumlah halaman buku dan pelbagai aspek lain. Buku yang berat dan memerlukan banyak kerja keras untuk direview pastilah akan mendapat bayaran lebih mahal. Begitu juga buku yang lebih ringan dan senang bayarannya juga mungkin hanya sekitar USD5 hingga USD30. Pembayaran adalah melalui Paypal.
Walaubagaimana pun tugasan sebagai book reviewer ini sangat mencabar kerana pihak OnlineBookClub menetapkan pelbagai syarat yang wajib dipatuhi.. Ada buku yang mengandungi halaman sehingga 600 muka surat dan tidak kurang banyaknya juga buku yang hanya mengandungi kurang lebih 200 muka surat. Book review perlu sekurang-kurangnya 5 perenggan dan sekurang-kurangnya 400 perkataan. Ia boleh menjadi lebih panjang jika anda mahu.
Lawatilah laman web OnlineBookClub untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang kerjaya sebagai book reviewer. Sekiranya anda berminat dan mendaftar sebagai book reviewer, amat penting sekali anda baca dulu Review Team Guideline dan FAQ web ini sebelum anda mula memilih buku yang anda ingin review. OnlineBookClub mungkin membatalkan penyertaan anda sekiranya anda tidak mampu mematuhi peraturan-peraturan asas, yang akan membuatkan anda kehilangan peluang untuk membuat review buku seterusnya.
No comments:
Post a Comment