Sunday, December 17, 2017

A Musical Sojourn By CrossStrings Duo


Khas kepada warga Sabah, jangan ketinggalan menyaksikan 10 Strings' Violin & Guitar Music yang akan dibawakan oleh CrossStrings Duo, yang terdiri daripada dua orang pemuzik yang serba boleh iaitu Yap Ling(violinist) dan Stanley Chin(guitarist) yang akan diadakan pada :

Tarikh      : 19.12.2017
Masa     :  7.30p.m
Tempat   :  Sabah Art Galery
Tiket :  RM50



Pelbagai genre music akan dipersembahkan pada malam tersebut, termasuklah musik para composers terkenal seperti Paganini, Emmanuel Falla, Albeniz, Giulani dan Piazolla. 

Stanley Chin sudah kerap membuat persembahan secara solo dan sering bekerjasama dengan pemuzik tempatan dan antarabangsa. Pada tahun 2007, beliau telah dijemput untuk menyertai Fuegokoori iaitu kumpulan gitar-cello.Stanley juga mendedikasikan masa untuk mengajar dan telah mengasaskan beberapa kumpulan muzik untuk memupuk lebih banyak pemuzik untuk masa depan.


Yap Ling adalah seorang pemuzik serba boleh yang melaksanakan, mengajar, menjalankan dan menyusun muzik. Beliau adalah konduktor dan pengasas Orchestra Jesselton Philharmonic (JPO) dan pelbagai orkestra berasaskan belia dan komuniti yang lain.  

Tiga langkah mudah untuk anda yang berminat untuk mendapatkan tiket ke konsert ini :

1. Bank in RM50.00 ke akaun Alliance Bank  No : 101960010183572 di bawah  Prelude Music Sdn Bhd

2. Hantar   Bank in slips ( JPG) via Whatsapp ke +60168200355

3. Ambil tiket anda di pintu masuk sebelum konsert bermula.

Selamat menikmati musik pada malam istimewa tersebut!

Untuk pertanyaan lanjut, sila Whatsapp +60168200355 atau email preludemusic@gmail.com






Saturday, December 16, 2017

6 Koleksi Terkini Emas Poh Kong Untuk Anda



Jana pendapatan dengan emas? Sudah semestinya. Selain dijadikan perhiasan wanita, emas adalah aset berharga yang patut dimiliki bagi tujuan pelaburan. Jika wanita membeli emas untuk dipakai samalah maksudnya berhias sambil membuat pelaburan. Emas seperti dinar emas dan jongkong emas sangat sesuai untuk dijadikan simpanan jangka masa panjang.

6 Sebab Kenapa Anda Patut Menyimpan Atau Memiliki Emas :

1. Emas adalah penyimpan nilai yang sangat baik
2. Emas boleh dipajak untuk mendapatkan pinjaman
3. Jumlah atau berat emas tidak akan berkurang samada di dalam tanah atau di atas tanah
4. Emas diterima di seluruh dunia
5. Emas adalah satu pelaburan yang berdiri sendiri
6. Emas dapat mengelak kebocoran wang

Bagi yang memakai perhiasan emas pula, emas dapat menambahkan keyakinan diri mereka. Oleh sebab itulah syarikat pengeluar emas saling bersaing dan  tidak berhenti mengeluarkan koleksi dan rekaan terbaru mereka demi untuk menambat hati pelanggan. 

Antara koleksi yang patut anda lihat adalah 6 koleksi emas Poh Kong yang menarik ini : -


Anggun



Auspicious



Cocoro



Luca Carati



Angel


Jadeite


Lawati laman web Poh Kong untuk melihat lebih banyak koleksi mereka. Wanita dan gadis-gadis pasti terpesona melihat segala koleksi Poh Kong yang ada. 


Thursday, December 14, 2017

Jana Pendapatan Sampingan Di OnlineBookClub Sebagai Book Reviewer

Anda suka membaca? Kini kita boleh menukarkan hobi membaca kita menjadi satu sumber menjana pendapatan secara online dengan menjadi book reviewer di OnlineBookClub.




Di OnlineBookClub, kita perlu membaca buku pilihan kita dalam tempoh 30 hari dan menulis dan menghantar review dalam tempoh 7 hari selepas mengesahkan bahawa kita telah habis membaca buku yang ingin kita review.  Walaubagaimana pun kita tidak akan mendapat pembayaran bagi review buku yang pertama. Tugasan review buku yang pertama akan dijadikan penanda aras rating penulisan seseorang reviewer itu. 

Reviewer boleh mendapat bayaran diantara USD5 hingga USD 60 bagi satu tugas membaca dan membuat review buku, bergantung kepada jenis buku, jumlah halaman buku dan pelbagai aspek lain. Buku yang berat dan memerlukan banyak kerja keras untuk direview pastilah akan mendapat bayaran lebih mahal. Begitu juga buku yang lebih ringan dan senang bayarannya juga mungkin hanya sekitar USD5 hingga USD30. Pembayaran adalah melalui Paypal.

Walaubagaimana pun tugasan sebagai book reviewer ini sangat mencabar kerana pihak OnlineBookClub menetapkan pelbagai syarat yang wajib dipatuhi.. Ada buku yang mengandungi halaman sehingga 600 muka surat dan tidak kurang banyaknya juga buku yang hanya mengandungi kurang lebih 200 muka surat. Book review  perlu sekurang-kurangnya 5 perenggan dan sekurang-kurangnya 400 perkataan. Ia boleh menjadi lebih panjang jika anda mahu. 


Lawatilah laman web OnlineBookClub untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang kerjaya sebagai book reviewer. Sekiranya anda berminat dan mendaftar sebagai book reviewer, amat penting sekali anda baca dulu Review Team Guideline dan FAQ web ini sebelum anda mula memilih buku yang anda ingin review. OnlineBookClub mungkin membatalkan penyertaan anda sekiranya anda tidak mampu mematuhi peraturan-peraturan asas, yang akan membuatkan anda kehilangan peluang untuk membuat review buku seterusnya. 






18 Laman Web Yang Menyediakan Foto Percuma Untuk Anda


Blogger pada masa kini sangat bertuah kerana terdapat banyak laman web yang menyediakan foto-foto percuma. Kebanyakan foto-foto yang disediakan di dalam laman web terbabit adalah bebas daripada sekatan hak cipta dan telah dilesenkan dibawah domain awam yang kreatif dan berdedikasi. Ini bermakna pengguna atau blogger boleh menyalin, mengubahsuai, mengedar, mencetak foto untuk tujuan peribadi dan komersial.

Artikel yang disertakan dengan sekurang-kurangnya satu foto biasanya lebih menarik. Saya kongsikan beberapa laman web penyedia foto percuma untuk anda :-

1.  StockSnap.io




StockSnap.io mempunyai banyak pilihan foto beresolusi tinggi yang indah-indah belaka dan percuma pula. Laman ini juga mempunyai ciri carian yang sangat berguna menjadikannya mudah untuk melihat ribuan imej yang tersedia. StockSnap menambah beratus-ratus imej setiap hari dan semua foto dikeluarkan di bawah domain awam kreatif - tidak ada atribusi yang diperlukan.


2.  Unsplash



Unsplash menawarkan koleksi besar foto beresolusi tinggi percuma dan telah menjadi salah satu sumber terbaik untuk stok imej dan foto.  Semua gambar yang telah dikongsi di Unsplash adalah percuma di bawah lesen Unsplash.

3.  Burst



Burst adalah sumber dari Shopify yang menyediakan foto percuma untuk usahawan. Semua gambar dilesenkan di bawah Creative Commons CC0 dan boleh digunakan untuk tujuan komersial.

Burst dilancarkan untuk membantu usahawan membuat produk, laman web, dan kempen pemasaran yang lebih baik. Kebanyakan gambar adalah gambar asli yang diambil di dalam rumah dan bertemakan lokasi perniagaan yang berlainan.

4.  Pexel




Pexel menyediakan foto  berkualiti tinggi dan sepenuhnya percuma yang dilesenkan di bawah lesen Creative Commons Zero (CC0). 


FoodiesFeed menawarkan beribu-ribu gambar makanan percuma yang realistik dalam resolusi tinggi. Ini adalah laman foto  yang sempurna untuk blogger makanan.

6.  Gratisography



Gratisography menawarkan gambar resolusi tinggi percuma yang boleh anda gunakan untuk projek peribadi dan komersil anda. Gambar hebat baru ditambah mingguan dan bebas daripada sekatan hak cipta. Semua gambar ditangkap oleh Ryan McGuire of Bells Design.

7.  Negativespace




NegativeSpace menyediakan 20 gambar baru setiap minggu yang dikeluarkan di bawah Creative Commons CC0. Foto-imej itu boleh dicari dan boleh disusun mengikut kategori, menyalin ruang dan warna.

8.  Freestocks


Freestock menawarkan pelbagai foto bermutu tinggi yang dikeluarkan di bawah Creative Commons CC0.

9.  Picography



Picografi mengandungi gambar  percuma yang indah yang disumbangkan oleh Dave Meier dan pelbagai jurugambar lain. Semua gambar dikeluarkan di bawah Creative Commons CC0.

10.Mmtstock



MMT Stock adalah koleksi foto resolusi tinggi yang disediakan oleh Jeffrey Betts. Jeffrey suka berkongsi foto komputer dan ruang kerja serta bunga dan alam semula jadi. Semua gambar dikeluarkan di bawah Creative Commons CC0.

11.Skitterphoto



SkitterPhoto menawarkan pelbagai foto yang dikeluarkan di bawah Creative Commons CC0. Semua gambar adalah asli dan dicipta oleh pemilik Skitterphoto.


Life of Pix adalah sumber yang dicipta oleh agensi kreatif LEEROY yang menawarkan foto resolusi tinggi percuma tanpa sekatan hak cipta. Gambar baru ditambah setiap minggu.

13.Littlevisuals




Pemilik laman web Littlevisuals sudah  meninggal dunia tetapi foto-fotonya sudah diabadikan di dalam web ini.

14. Picjumbo



Foto-foto baru ditambah setiap hari di lama ini. Sama seperti web penyedia foto percuma yang lain, foto-foto di sini tidak memerlukan attribution.

15.New Old Stock




Web ini sesuai untuk mereka yang menyukai foto-foto vintage.

16.Pixabay




Pixabay menawarkan koleksi foto, vektor dan ilustrasi seni yang besar. Semua gambar dikeluarkan di bawah Creative Commons CC0.

17.Epicantus



Epicantus mengandungi fotografi asal yang disediakan  oleh Daria. Epicantus sangat menarik. Para blogger pasti tertarik dengan foto-foto yang tersedia di sini.

18. Shotstash




ShotStash menambah foto setiap hari. Sama juga seperti web yang menyediakan foto percuma yang lain, semua foto-foto dari web ini tidak memerlukan attribution.

Selain 18 laman web yang disebut di atas, ada banyak lagi laman web yang menyediakan foto-foto percuma. Untuk mendapatkan foto-foto yang kita inginkan dari satu satu web secara legal, kita hanya perlu join web tersebut secara percuma. Jikalau anda seorang jurugambar dan mempunyai banyak foto-foto asli anda juga boleh menyumbangkan foto-foto anda. Ada juga laman web yang membayar sejumlah wang bagi foto-foto yang anda jual kepada mereka.

Sekian saja perkongsian pada kali ini.

Monday, December 11, 2017

Dekorasi Bajet

"Disebabkan keperluan asas dan keperluan lain semakin naik tahun demi tahun, ini tidak menjadi penghalang untuk kita mencantikkan kediaman kita, betul tak? Rumah yang memberikan kita perlindungan dan keselesaan setiap hari dan sepanjang masa perlulah juga nampak cantik dan berseri.
Di sinilah, Alam datang membantu anda, bagaimana untuk menghias kediaman tanpa memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, dengan sumber inspirasi dan kreativiti untuk mengatasi masalah ini, saya memperkenalkan ebook Dekorasi Bajet"

-Alam Anuar-

Menperkenalkan ebook Dekorasi Bajet hasil tulisan Alam Anuar, dimana beliau berkongsi 77 tip, teknik dan langkah-langkah yang terbukti berkesan bagi membantu anda untuk memperolehi dekorasi kediaman yang menarik tanpa perlu mengeluarkan belanja wang yang banyak. 

Kandungan ebook ini telah disusun dengan begitu sistematik dan penerangan yang diberi di dalam ebook ini juga banyak disertakan dengan visual yang sangat memudahkan pembaca. Ebook ini sangat sesuai dimiliki oleh mereka yang tidak mempunyai pengetahuan asas di dalam seni dekorasi kediaman. 

Samada perabot di rumah anda perabot lama atau baru, mahal atau harga bajet, ebook ini akan membantu anda di dalam kerja-kerja dekorasi rumah anda!

Dapatkan maklumat lanjut tentang ebook Dekorasi Bajet ini di Dekorasi Bajet.

Monday, December 4, 2017

Panduan Buat Duit Dengan WeChat


"Nama saya Azly Yusoff. Saya seorang usahawan offline dan online. Saya mula menggunakan WeChat pada bulan Febuary 2015 untuk mempromosikan bisnes offline (servis) secara sambilan. 


Hari pertama saya buka akaun WeChat, terus buat iklan petang itu juga  dan besoknya sangkut seorang pelanggan. Semenjak itu saya mula mengkaji tentang WeChat dan bagaimana cara untuk mendapatkan prospek dan pelanggan dengan mudah. 



Sudah hampir 3 tahun saya menggunakan WeChat untuk mencari pelanggan dengan ZERO KOS IKLAN. Ya! Saya tidak mengeluarkan satu sen pun untuk mendapatkan pelanggan di Wechat!"



-Azly Yusoff-

Azly Yusoff, di dalam ebooknya bertajuk Teknik WeChat, setebal 127 muka surat menjelaskan bahawa ada 10 sebab mengapa anda perlu buat duit atau jana pendapatan dengan WeChat. Antaranya :

1.  95% pengguna di Malaysia menggunakan WeChat
2. Mudah Digunakan
3. Anda mempunyai alat untuk membuat duit di WeChat iaitu telefon pintar
4. Pemasaran percuma.
5. WeChat boleh menyimpan ayat "copywriting".
6. Prospek sehingga 5000 orang. 
7. 99% kenalan WeChat boleh melihat post yang anda buat.
8. WeChat lebih privacy berbanding Instagram dan Facebook.
9. Capai pengguna WeChat dalam lingkungan radius 20 kilometer.
10. WeChat mempunyai fungsi Scan QR Code atau Quick Response Codes.

Lawati laman web www.teknikwechat.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang ebook ini. 

Jana Pendapatan Dengan Lazada Affiliate Programme



Salah satu program affiliate yang boleh anda sertai adalah Affiliate Marketing Programme yang ditawarkan oleh Lazada Malaysia. Konsep yang digunakan di dalam program affiliate Lazada adalah Pay Per Sale. Lazada akan membayar komisen ke atas sales yang berjaya dihasilkan melalui link affiliate. 

Jumlah komisen yang diberi adalah antara 5% hingga 10%. Lebih mahal item yang berjaya dijual lebih banyaklah komisen yang bakal anda terima.




Jika anda berminat untuk menyertai program affiliate Lazada ini anda bolehlah menyertainya  Di Sini.  



Selepas permohonan anda untuk menyertai program affiliate ini berjaya, anda mestilah berkenalan dulu dengan semua Offers dan Tools yang disediakan oleh Lazada Affiliate Programme ini. User guide yang disediakan akan membantu anda untuk memahami dengan mendalam mengenai program ini. Anda mungkin memerlukan masa untuk memahami bagaimana Product Widget Generator, Carousell Banner, App Deeplink Generator dan lain-lain features berfungsi. Terdapat banyak tutorial bagaimana untuk menggunakan Product Widget Generator, Carousell Banner, App Deeplink Generator dan sebagainya di YouTube. Anda juga boleh menghubungi pihak Lazada jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan berkenaan program ini. 

Untuk menjana pendapatan daripada program affiliate dengan Lazada ini tidaklah terlalu susah, tetapi memerlukan usaha, disiplin dan masa. Antara platform pemasaran yang biasa digunakan adalah seperti FB Fanpage, Instagram, Twitter dan blog. 

Sekiranya tidak berjaya mendapat komisen dari hasil jualan melalui program ini selepas beberapa bulan, janganlah putus-asa atau mengalah. Teruslah berusaha lagi. Ramai diantara mereka yang menyertai program ini berjaya mendapat komisen hanya selepas beberapa bulan menjalankan kerja-kerja promosi. Tidak kurang juga mereka yang hanya berjaya mendapat komisen selepas setahun.

Selamat mencuba!