Hampir ribuan peniaga yang aktif secara online di Carousell. Termasuklah saya. Carousell boleh menjadi suatu rahmat kepada para peniaga, apatah lagi kepada agen-agen dropship tempatan kita yang baru berjinak-jinak di dalam perniagaan secara dalam talian.
Walaubagaimana pun Carousell boleh menjadi sesuatu yang menakutkan jika kita tidak berwaspada kepada sebarang bentuk penipuan dalam talian.
Beberapa contoh penipuan di Carousell:
1. Jualan Tiket Dalam Talian
Dalam artikel berita oleh Asia One, Madam Ko telah membeli ticket untuk konsert EXO melalui Carousell apabila ticket itu sudah kehabisan di kounter jualan. Selepas membuat pembayaran sebanyak $700 kepada penjual tiket tersebut di Carousell, penjual tersebut terus tidak dapat dihubungi.
2. Penipuan Jualan Barang Palsu
Seorang wanita Singapura juga telah membuat laporan polis apabila kerugian sebanyak $2800 bagi pembelian beg tangan jenama YSL yang palsu.
3. Penipuan E-dagang
Penipuan yang lebih biasa yang terdapat di dalam dan di luar Carousell adalah penipuan E-dagang. Seorang mangsa penipuan e-dagang di Singapura telah kerugian $12,350 bagi pembelian 1 unit A PS4 pada A Good Deal Offer di Carousell. Mangsa penipuan ini biasanya akan dihubungi melalui panggilan telefon yang kononya dari pihak kastam dan diberitahu untuk membayar sejumlah wang sebagai "yuran pelepasan kastam". Mangsa hanya menyedari bahawa dirinya telah tertipu apabila barang yang dibeli tidak tiba selepas beberapa hari.
4. Nigerian Scam
Pengalaman saya sendiri. Nigerian Scam biasanya dianggap hanya berfungsi melalui e-mel dan panggilan telefon. Bagi penipuan jenis ini, penipu akan menghubungi penjual melalui Chat di Carousell dan berpura-pura ingin membeli item tertentu. Kemudian mereka akan meminta nombor akaun penjual dan berpura-pura membuat pindahan wang ke dalam akaun penjual.
Dalam tempoh beberapa minit kemudian penipu online tersebut akan meminta anda memeriksa email anda. Dalam e-mel penipu online ini akan meminta penjual untuk memindahkan wang ke dalam satu akaun yang kononnya adalah akaun agen untuk mendapatkan 'wang yang dipindahkan tanpa dibekukan'. Penipu online ini akan menghubungi penjual lagi untuk cuba menjelaskan bagaimana kesilapan semasa membuat pindahan wang telah terjadi yang boleh menyebabkan wang yang telah dipindahkan dibekukan. Penipu online ini juga akan memujuk penjual untuk membuat pindahan ke dalam akaun mereka dalam tempoh 30 hingga 60 minit atau berdepan dengan tindakan undang-undang. Mereka akan mengatakan bahawa tempoh 30 minit hingga 60 minit masa yang diberi untuk membuat pindahan ke dalam akaun mereka adalah syarat perbankan di kawasan mereka.
Berniaga di Carousell memang banyak cabarannya. Apa yang penting kita kenalah berhati-hati dan sentiasa peka semasa berurusan secara online.