"Alhamdulilah... berbekalkan ilmu yang saya perolehi dari buku, seminar serta tunjuk ajar dari pakcik H. Saya tidak banyak menghadapi masalah di dalam mengusahakan projek penternakan kambing ini. Dalam masa 4 bulan.. dari 6 ekor kambing, ternakan saya telah bertambah menjadi 10 ekor. Kini, setelah hampir setahun mengusahakan penternakan kambing, bilangan ternakan saya sudah mencapai jumlah 20 ekor.Jika hendak diukurkan tahap kejayaan saya.. sememangnya.. perjalanan saya masih jauh. Tapi saya sangat optimis dan percaya , berbekalkan usaha yang gigih serta ilmu yang betul.. kita pasti akan BERJAYA!Melihatkan hasil ternakan kambing saya... membuatkan saya terfikir. Sudah pastinya, ada ramai lagi insan diluar sana yang mengalami nasib yang hampir sama dengan saya. Mereka minat untuk menceburkan diri di dalam bidang penternakan... tetapi malang , tidak mempunyai mentor serta tidak mempunyai sumber maklumat yang mencukupi menyebabkan , niat mereka untuk memulakan penternakan kambing terbantut. Mungkin anda adalah salah seorang daripada mereka?Untuk itu, saya telah mengambil inisiatif, dengan berusaha, mengumpulkan semula maklumat-maklumat yang pernah saya perolehi dulu dan menghimpunkannya, dan akhirnya, jadilah ia sebuah panduan yang lengkap tentang.. “Bagaimana memulakan penternakan kambing”.Semua maklumat yang saya perolehi dari buku-buku, artikel-artikel, seminar-seminar dan juga serba sedikit dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman-pengalaman daripada penternak lain.. kesemuanya telah saya himpunkan dan susunkan ia hingga menjadi sebuah ebook panduan yang lengkap yang saya namakan..."RAHSIA KAMBING" , Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing."
-Mohammed Farid Sulaiman-
Lawati laman web RahsiaKambing.com untuk membeli ebook "Rahsia Kambing" hasil tulisan Mohammed Farid Sulaiman. Beliau merupakan salah seorang penternak kambing yang berjaya pada hari ini. Antara tajuk yang akan diterangkan dengan terperinci di dalam ebook 'Rahsia Kambing" ini termasuklah bagaimana mendapatkan modal permulaan untuk projek ternakan kambing, bagaimana membina kandang kambing pada kos yang rendah, penjagaan kambing, kelahiran anak kambing, pemasaran daging kambing dan banyak lagi tajuk yang berguna kepada bakal penternak kambing.
Tambahkan ilmu anda tentang penternakan kambing dengan ebook ini.
No comments:
Post a Comment